Program Lawatan Mesra Pembuka Minda

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Program lawatan mesra pembuka minda ini merupakan lawatan daripada MPKK Kg. Sg.Ara ke Kg.Kubu Gajah. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan memantau aktiviti keusahwanan yang ada di kampung ini selain menrapatkan hubungan antara ahli MPKK sendiri. Antara aktiviti yang diadakan adalah kelas keushawanan, taklimat, lawatan ke industri kecil sederhana yang ada di Kubu Gajah dan jamuan makan. Antara tempat lawatan yang dilawati adalah Shuzee Frozen Food, ARC perternakan ikan keli, Dewan Homestay Razali, Pembuatan sabun dan Jahitan telekong dan stoking.

Program ini bermula dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. Seramai 40 orang terlibat dengan program lawatan mesra ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali